Bank DBS melaporkan keuntungan bersih sebanyak $2.69 bilion untuk suku kedua yang berakhir pada Jun – naik daripada $1.8 bilion pada tahun sebelumnya berikutan pendapatan yang lebih tinggi.
Keuntungan bersih suku tahun terbaru juga mengatasi anggaran sebanyak $2.4 bilion yang diramal penganalisis dalam tinjauan Refinitiv.





