Di Masjid Al-Khair, semua jemaah lelaki berpeluang mendirikan solat di saf pertama sama ada mereka boleh solat seperti biasa, perlu duduk di kerusi, atau menggunakan alat bantuan pergerakan peribadi (PMA) seperti kerusi roda atau skuter elektrik.
Ini kerana masjid di Choa Chu Kang itu menyediakan ruang khusus untuk jemaah warga emas atau kurang upaya yang tidak boleh solat seperti biasa...





