Sayap Wanita Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah menyeru agar sokongan lebih kukuh diberikan kepada keluarga di Singapura, terutamanya untuk wanita di tempat kerja mahupun dalam masyarakat.
Sebagai sebahagian usahanya yang berterusan, sayap itu telah mengadakan persidangan pada Sabtu bertemakan sokongan buat keluarga di Singapura, sedang negara berdepan dengan kadar kelahiran yang merosot, penduduk menua dan tanggungjawab penjagaan yang semakin berat.





