STOCKHOLM: Perdana Menteri Sweden, Encik Ulf Kristersson, “amat bimbang” tentang akibat jika lebih banyak demonstrasi berterusan berikutan perbuatan mencemar Al-Quran, katanya pada Khamis, di tengah-tengah kemarahan umat Islam yang semakin memuncak menyusuli siri serangan terhadap kitab suci Islam itu.
Perbuatan mencemar Al-Quran di Sweden dan Denmark telah menyinggung perasaan banyak negara Islam termasuk Turkey – yang sokongannya diperlukan oleh Sweden...





