Sempena Malaysia Fest 2023, MabrookSG mempergiat kerjasama dengan syarikat dari Malaysia dalam usaha mempromosi produk makanan halal toyyiban (baik) kepada umat Islam Singapura.
Meluaskan jaringan pemasarannya, syarikat HTMAS International Pte Ltd telah memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan syarikat pengeluar dari Malaysia, Sidratul Corporation Sdn Bhd, sebagai langkah memajukan industri perniagaan dan meluaskan rangkaian produk halal.





