Kicauan burung Koel setiap pagi, bunyi bip kad Ez-link dan riuh rendah di majlis perkahwinan bawah kolong flat adalah bunyi yang biasa didengari oleh rakyat Singapura yang mungkin dipandang secara lewa, namun tidak begitu bagi ahli genderang mapan, Encik Muhammad Riduan Zalani.
Beliau telah menjadikan bunyi-bunyian itu sebagai sebahagian audio yang diketengahkan dalam Filem Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP), yang mana...





