Bakal calon presiden, Encik Ng Kok Song, yang telah berkhidmat selama 45 tahun dalam perkhidmatan awam, tidak risau warga Singapura akan menganggapnya sebagai mempunyai hubungan terlalu rapat dengan pemerintah.
Sebaliknya beliau berkata tidak pernah menjadi anggota mana-mana parti politik dan sifat berkecuali itu memberinya kedudukan yang lebih baik untuk membantu menyatukan negara. Ini termasuk menambah kepercayaan dan keyakinan orang ramai...





