Sekitar 42 tan daging korban, atau hampir 60 peratus jumlah daging korban yang dipesan melalui masjid tahun ini, diderma kepada golongan memerlukan, kata Pergerakan SalamSG (SSGM) yang menyelaraskan upacara korban di luar negara untuk masjid setempat.
Daging itu dikongsi dengan lebih 20,000 keluarga dan individu terdiri daripada penerima zakat, keluarga Projek Dian@M³, anggota keluarga yang dipenjara dan pekerja migran, tambahnya.





