Padang latihan berlumpur dan lecak akibat hujan, namun ia tidak mematahkan semangat pemain Persatuan Bola Sepak Melayu Singapura (PBMS) yang berazam untuk digelar juara Piala Kelab DiRaja Selangor sekali lagi.
Sebaliknya, mereka gigih berlatih di padang bersebelahan Kelab Masyarakat Kampong Kembangan itu pada Khamis malam sebagai sebahagian daripada persiapan untuk edisi ke-21 pertandingan itu bulan depan.





