Singapura mempunyai sumber tenaga geoterma penting yang berpotensi dimanfaatkan sebagai sumber tenaga bersih, menurut pandangan penyelidik tempatan.
Akhbar The Straits Times pada Selasa melaporkan, kajian penerokaan di tapak berhampiran kolam air panas Sembawang itu mendapati suhu pada 1.1 kilometer (km) di bawah tanah adalah 60 hingga 90 darjah Celsius, cukup untuk merebus telur sementara suhu air di kolam air panas...





