KYIV: Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, berkata bahawa Ukraine bersedia meneruskan eksport bijirinnya selepas Russia mengumumkan ia akan menarik diri daripada perjanjian penting yang diuruskan dengan Turkey dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk membuka sekatan penghantaran daripada pengeluar utama itu.
Perjanjian itu, yang membolehkan eksport lebih 32 juta tan bijirin Ukraine sepanjang 2022, tamat pada Isnin.





