Adakah anda sebahagian daripada penduduk Singapura yang akan meraikan ulang tahun negara di Padang tahun ini?
Jika ya, anda dan sekitar 27,000 penonton lain akan menyaksikan dua helikopter terbaru dan pesawat terbesar Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) yang akan membuat penampilan sulung pada Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) sempena sambutan ulang tahun ke-55 RSAF (RSAF55) pada 2023.





