Sedang Singapura mengalihkan tumpuannya kepada pembelajaran dan bukan hanya kepada keputusan peperiksaan, Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong mengingatkan pelajar bahawa peperiksaan bukanlah paling penting dalam laluan pendidikan mereka.
Berucap di majlis penyampaian anugerah pendidikan di Teck Ghee pada Ahad, beliau berkata: “Pendidikan adalah mengenai pembangunan diri, kepimpinan anda, kemahiran sosial anda, kemahiran emosi anda, keupayaan anda untuk bekerja dan...





