Apabila pengarah siri drama cereka sains Distopia di saluran Mediacorp Suria, Encik Mahfuz Mazlan, membuka kisah tentang cetusan idea bagi drama yang membayangkan dunia futuristik dengan pelbagai teknologi canggih, saya yakin cereka sains adalah genre kegemaran sebilangan warga Singapura.
Secara peribadi, saya sendiri terdedah, bahkan ‘melekat’ di kaca televisyen atau layar pawagam kerana drama atau filem cereka sains seawal 1970-an...





