Ketua jurulatih pasukan bawah 22 tahun (U22) lelaki Singapura, Philippe Aw, telah meletak jawatan, sehari selepas Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) mengumumkan bahawa skuad Singa Muda tidak akan mengambil bahagian dalam Sukan Asia 2023 pada September di Hangzhou, China.
FAS, dalam satu kenyataannya pada Rabu, berkata ia telah menerima permintaan Aw, yang juga ketua jurulatih kelab Liga Perdana Singapura (SPL)...





