Anggota kelab Raffles Marina di Tuas dinasihati agar menghindari kegiatan sukan air dan memancing di kawasan itu buat sementara waktu ekoran paras minyak dan gris yang tinggi ditemui pada permukaan air di sekitarnya.
Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), menjawab soalan akhbar The Straits Times pada Selasa berkata, minyak dan gris yang ditemui di perairan Raffles Marina dikaitkan dengan air yang digunakan...





