KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sedang menjalankan siasatan terhadap Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang, berhubung kenyataannya dipercayai menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum).
Timbalan Pengarah (Forensik/Perancangan Strategik) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Bukit Aman, Datuk S Suresh Kumar, berkata siasatan itu dilakukan menyusuli kenyataan pemimpin PAS itu yang dipercayai mendakwa Parti...





