Lebih 500 orang kurang upaya (OKU) mengambil bahagian dalam Temasya Sukan Inklusif OTH 2023 anjuran Our Tampines Hub.
Dianjurkan sempena Tahun Meraikan Rakan Khidmat Sosial oleh Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), festival yang diadakan dari 8 hingga 15 Julai itu mempamerkan lebih 10 sukan para buat penyertaan orang awam.





