Sistem analitik video yang merangkumi 104 kamera telah dipasang di kesemua 13 platform stesen Laluan LRT Bukit Panjang (BPLRT) dengan tujuan meningkatkan keselamatan penumpang.
Dipanggil iSafe, sistem yang dilancar pengendali rel SMRT pada Khamis itu menggunakan kaedah kecerdasan buatan (AI) yang boleh mengesan orang yang memasuki kawasan landasan kereta api atau berada di pinggir platform dan memberi amaran kepada kakitangan...





