Siapalah aku, orang biasa sahaja... hamba yang hina yang tidak punyai apa-apa... masakan aku layak jadi khalifah di dunia ini?
Sebenarnya kita tidak perlu terlalu dramatik untuk meluahkan ungkapan sebegitu kerana semua manusia dijadikan Allah swt sebagai mukalaf yang wajib melaksanakan objektif dan perintah yang ditetapkan-Nya ke atas kita – dengan kapasiti tersendiri tidak kira apa juga status atau kedudukan...





