Bintang Amerika Syarikat yang kian popular, David Corenswet, bakal menyarung seragam adiwira kegemaran ramai, Superman, jelas pengarah James Gunn baru-baru ini.
Corenswet, 29 tahun, yang sebelum ini dikenali menggalas watak utama siri Netflix baru berjudul Hollywood akan mengambil alih peranan watak adiwira ikonik itu bagi filem Superman: Legacy yang bakal diterbitkan syarikat Warner Bros pada 2025.





