BAYAN LEPAS: Keputusan mengenai pengagihan kerusi pada pilihan raya negeri (PRN) dijangka diumumkan Majlis Pakatan Harapan (PH) dalam tempoh dua atau tiga hari lagi.
Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan, berkata semua pihak harus akur dan memperakui kata putus yang bakal dicapai, seterusnya memastikan kemenangan gabungan PH dan Barisan Nasional (BN) pada PRN kelak.





