Aktiviti kilang keseluruhan Singapura bertambah baik sedikit pada Jun, tetapi kekal menguncup untuk bulan ketiga berturut-turut, ketika permintaan global yang lemah terus melanda industri pembuatan di rantau ini.
Indeks Pembelian Pengurus (PMI) meningkat 0.2 mata kepada 49.7 pada Jun, menguncup pada kadar yang lebih perlahan berbanding Mei, menurut data dari Institut Pembelian dan Pengurusan Bahan Singapura (SIPMM) pada Isnin.





