Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, Encik K. Shanmugam, berkata sebagai anggota pemerintah, adalah penting baginya dipertanggungjawabkan oleh rakyat Singapura, dan dirinya didedahkan kepada penelitian.
Bercakap di Parlimen pada Isnin semasa menyampaikan kenyataan menteri berkaitan penyewaan dua banglo di Ridout Road, yang melibatkan dirinya dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan, Encik Shanmugam berkata beliau menyewa salah satu banglo itu...





