Kakitangan awam yang mempunyai akses kepada penyewaan atau taksiran hartanah pemerintah akan perlu membuat pengisytiharan sebelum mereka boleh menyewa hartanah sedemikian yang diuruskan oleh agensi mereka, kata Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean.
Menyampaikan kenyataannya di Parlimen pada Isnin, Encik Teo menjelaskan bahawa Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) akan memperkenalkan satu tuntutan pengisytiharan standard untuk sekumpulan pegawai yang mempunyai akses atau...





