Segalanya bagai mimpi buat anak seni yang mulanya berlakon dan kini lebih kerap dilihat menyanyi di kaca televisyen dan ‘gig’ untuk awam, Suryana Norddin.
Apa tidaknya? Jika dahulu, beliau kelihatan menyerikan pementasan teater kanak-kanak Teater Kami, Suryana, 32 tahun, bertuah dapat berkongsi pentas dengan nama besar di seberang Tambak, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Yusni Hamid, dalam dua konsert...





