Meskipun peluang yang ada untuk menunaikan ibadah korban secara fizikal di Singapura adalah terhad, masyarakat Islam di sini tetap bersemangat menghidupkan syiar korban dengan menjalankan ibadah korban di luar negara.
Bercakap dengan media selepas selesai menunaikan solat Aidiladha di Masjid Kassim pada Khamis, Menteri Bertanggungjawab Bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menarik perhatian bahawa lebih 5,200 kambing...





