Meskipun syarikatnya baru ditubuhkan kurang daripada dua tahun, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) G-EMx Technologies, Encik Asmadi Ahmad, 50 tahun, berjaya menandatangani dua memorandum persefahaman (MOU) baru bersama dua syarikat di Uzbekistan.
Persetujuan itu dicapai semasa beliau, bersama delegasi Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF), menyertai Presiden Halimah Yacob melakukan lawatan negara rasmi ke Kazakhstan dan Uzbekistan pada Mei.





