Anggota kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) terus memainkan peranan penting dalam mempertahankan negara dan adalah penting untuk mereka menerima sokongan daripada keluarga, rakan, syarikat dan majikan mereka.
Demikian dinyatakan Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, semasa melancarkan tiga inisiatif pada Selasa untuk menunjukkan penghargaan kepada sumbangan mereka terhadap pertahanan dan keselamatan Singapura.





