Sebagai seorang ibu tiga anak, Cik Suraiyah Ibrahim sering rasa sedih melihat kanak-kanak lain yang tertekan dek tidak mempunyai sokongan apabila perlu tampil memberi keterangan di mahkamah sebagai saksi.
Oleh itu, beliau tidak teragak-agak untuk tampil menjadi relawan apabila beliau mendapat tahu tentang Program Sokongan Saksi yang Mudah Terpengaruh (VWSP) kendalian Persatuan Kanak-Kanak Singapura bersama pihak mahkamah.





