Rentak Budaya, acara dwitahunan anjuran Persatuan Bahasa Melayu (Perbayu) Universiti Teknologi Nanyang (NTU), kembali tahun ini dengan tema ‘Warita Kita’. Diadakan di Wisma Geylang Serai pada 17 dan 18 Jun, acara berkenaan itu bertujuan menggalak anak muda Melayu mengetahui dan menghargai budaya dan bahasa mereka. Ia turut menampilkan persembahan seperti dikir barat, silat dan tarian Melayu daripada mahasiswa beberapa universiti...





