KATHMANDU: Glasier Himalaya yang membekalkan air kritikal kepada hampir dua bilion orang, kini cair lebih cepat berbanding sebelum ini akibat perubahan iklim dan lantas mendedahkan masyarakat kepada bencana.
Memberi amaran tersebut pada Selasa, Pusat Pembangunan Gunung Bersepadu Antarabangsa (ICIMOD) melaporkan bahawa para saintis mendapati glasier mencair 65 peratus lebih cepat dalam tempoh 2011 hingga 2020 berbanding sedekad sebelumnya.





