Aksi mendebarkan tanpa henti. Gelak tawa kedengaran mengisi ruang pawagam dek beberapa babak yang mencuit hati. Dialognya santai dan bersahaja. Babak aksi terajang dan kereta kebakaran pula persis filem Hong Kong atau Hollywood yang membuatkan anda payah meninggalkan tempat duduk.
Sememangnya, filem aksi komedi dalam francais filem Polis Evo dinantikan ramai penonton filem Melayu sejak ia ditayangkan buat kali pertama...





