“Apa yang aku cakap ini jujur.” Itulah kata-kata yang dilontarkan kepada aku. Kata-kata yang terus berngiang-ngiang di fikiran aku. Sambil aku melontarkan pandangan aku ke luar jendela. Panorama yang indah mengelilinginya. Namun sedikit masa dahulu landskapnya tidak seindah kini.
Selama ini aku menghormatinya. Malah tidak teragak-agak aku mengakui yang aku menjunjunginya. Mengagung-agungkannya. Serta mengangkat-angkatnya. Menaikkan martabatnya sehingga ke persada hati...





