KHERSON (Ukraine): Bagi seorang penduduk Kherson, Cik Iryna Radetska, bencana banjir besar di bandarnya selepas empangan gergasi Kakhovka musnah adalah babak terbaru dalam tempoh lebih setahun beliau menghadapi penderitaan zaman perang.
“Mereka berkata cinta baru membunuh cinta lama. Mungkin ia sama dengan tragedi,” kata Cik Radetska, 52 tahun, yang merupakan timbalan ketua sebuah sekolah di bandar selatan Ukraine.





