Penguasa Kewangan Singapura (MAS) sedang bekerjasama dengan industri kewangan untuk menubuhkan sebuah persatuan yang bertujuan membangunkan pasaran karbon sukarela, kewangan peralihan dan kewangan campuran, umum Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam, pada Khamis.
Persatuan Bank Singapura akan menerajui institusi itu, yang akan dipanggil Persatuan Kewangan Mampan Singapura, kata Encik Tharman, yang juga pengerusi MAS.





