WASHINGTON: Amerika Syarikat pada Selasa telah mengenakan sekatan ke atas puluhan orang dan pertubuhan di Iran, China dan Hong Kong, termasuk atase pertahanan Iran di kedutaannya di Beijing, dengan mendakwa mereka membekalkan kelengkapan bagi program ketenteraan dan peluru berpandu Iran.
Satu kenyataan Jabatan Perbendaharaan Amerika berkata, rangkaian itu menjalankan pengendalian bagi membekalkan kelengkapan sensitif dan teknologi bagi pembangunan peluru berpandu...





