SELEPAS hampir 10 tahun melihat mendiang isterinya melawan ketumbuhan limfoma, seorang dermawan tempatan, Encik Harry Fung, terdorong menderma kepada Pusat Barah Nasional Singapura (NCCS) bagi membantu pesakit barah memerlukan.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, pusat itu mengumumkan ia telah menerima derma $1 juta daripada Encik Fung, dan sumbangan itu akan digunakan bagi membantu pesakit memerlukan bantuan kewangan dan menyokong penyelidikan...





