PERJALANAN meredah trafik di pusat pemeriksaan dan kastam menjadi lumrah bagi mereka yang sering berulang-alik antara Singapura dan Malaysia.
Namun, di tengah-tengah ‘lautan’ penunggang motosikal yang menyeberang Tambak baru-baru ini, satu motosikal menarik perhatian dengan nota yang ditampalkan di bahagian belakang. Nota itu berbunyi: ‘Beri laluan, Isteri nak bersalin’.





