SINGAPURA dan Australia memperkukuh kerjasama dua hala menerusi beberapa inisiatif termasuk dana baru bernilai jutaan dolar untuk menyokong syarikat industri hijau, usaha menggalak kemampanan dan pendigitalan industri perkapalan, serta rancangan meningkatkan perdagangan makanan.
Dana bernilai AU$20 juta ($17.8 juta) itu akan diperuntukkan untuk sebuah program baru bagi memacu inovasi bersama antara syarikat kecil dan sederhana (SME) dari kedua-dua negara untuk...





