DENGAN tidak menyertai Kejohanan Bawah 23 Tahun Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2023, Singapura telah mensia-siakan peluang mendedahkan pemain muda kepada saingan antarabangsa, kata beberapa bekas pemain nasional Singapura.
Pasukan Singa Muda tidak akan beraksi di kejohanan itu selepas Persatuan Bola Sepak Nasional (FAS) mengambil “keputusan strategik” untuk melindungi pemain daripada risiko kecederaan.





