KUALA LUMPUR: Hantaran berkisar naratif kaum dan agama yang menyinggung perasaan serta diskriminasi yang dicetuskan ahli politik menguasai platform media sosial utama di Malaysia semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Demikian antara analisis dan dapatan utama sebuah kajian Pemantauan Media Sosial Pada PRU15 oleh Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dengan kerjasama Universiti Nottingham Malaysia, Universiti Sains Malaysia (USM), dan Universiti Malaysia...





