HONG KONG: Singapore Airlines (SIA) dan Garuda Indonesia sedang mengusahakan pakatan komersial untuk menyelaras tambang dan jadual penerbangan, menurut satu kenyataan bersama oleh kededua syarikat penerbangan itu pada Isnin.
SIA dan Garuda berkata perjanjian itu memperluaskan memorandum persefahaman yang telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak pada November 2021 dan berkemungkinan meliputi laluan antara Singapura dan Denpasar di Bali, Jakarta dan Surabaya.





