LUTON TOWN: Ribuan penyokong pasukan kelab Luton Town membanjiri jalan raya yang menghala ke stadium di Kenilworth Road untuk meraikan kejayaan kelab itu dinaikkan ke Liga Perdana England (EPL).
Media di Britain melaporkan lebih 20,000 penyokong berada di kawasan itu untuk menyambut kehadiran pemain-pemain yang baru sahaja membantu kelab yang dikenali sebagai The Hatters itu melayakkan diri ke EPL.





