WASHINGTON: Para pemimpin dunia mengucapkan tahniah kepada Presiden Turkey, Encik Tayyip Erdogan, pada Ahad atas pemilihan semula beliau dalam pengundian ulangan bersejarah di negara itu.
“Saya berharap untuk bekerjasama sebagai sekutu Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dalam isu-isu dua hala dan cabaran bersama global,” kata Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, melalui Twitter, tanpa menyebut tentang ketegangan hubungan dua hala...





