KUALA LUMPUR: Indeks Kebebasan Media Dunia 2023 yang dikeluarkan Reporters Without Border (RSF), sebuah badan bukan pemerintah berkaitan kebebasan media yang berpangkalan di Paris, menyaksikan Malaysia di tangga ke-73 daripada 180 negara, melonjak 40 kedudukan berbanding pada 2022.
Dalam laporan itu, yang menilai tahap kebebasan media sepanjang 2022, RSF menggambarkan Malaysia sebagai antara negara yang menunjukkan peningkatan prestasi paling ketara...





