SEJAK perjalanan ke luar negara dibenarkan semula sepenuhnya tahun lalu, Encik Muhammed Jose Fairuz Jaafar mengambil kesempatan itu untuk ke Indonesia sewaktu Hari Raya Haji.
Niat ke sana bukan untuk melancong ataupun mengunjungi sanak saudara, namun sebenarnya untuk mengikuti rombongan sukarelawan dari Singapura bagi membantu untuk melaksanakan misi ibadah korban bersama penyedia khidmat korban Singapura, Attawasol Insaniy.





