TIDAK seperti kumpulan muzik lain dari Indonesia yang menempa nama menerusi lagu berunsur cinta serta cita-cita dan harapan, kumpulan yang berasal dari Jakarta ini membina reputasi dengan tema realiti kehidupan harian.
Kumpulan yang dikenali dengan nama Efek Rumah Kaca (ERK) yang sudah berkarya selama lebih dua dekad bermula sebagai kumpulan ‘introvert’ dan berpentas di konsert-konsert kecil.





