HASRAT terakhir Encik Mohd Salleh Ismail, 82 tahun, ialah untuk melawat Singapore Island Country Club (SICC) di mana beliau pernah bertugas sebagai caddy dan menemui minatnya terhadap sukan golf.
Dikenali dengan gelaran ‘buaya’ kerana sering menyembunyikan kehebatannya di padang golf, Encik Salleh pernah juga menjadi caddy kepada Perdana Menteri pertama Singapura, mendiang Encik Lee Kuan Yew.





