SATU rangka kerja untuk menyelaras usaha antara pihak berkuasa dengan pertubuhan Melayu/Islam (MMO) di sini dengan lebih baik demi merendahkan kadar kebentanan pesalah Melayu/Islam di Singapura telah dilancar pada Selasa.
Ia juga bertujuan menggalak kerjasama antara agensi pemerintah seperti Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) dan Biro Narkotik Pusat (CNB), dengan badan MMO demi menawarkan sokongan menyeluruh...





